Nik Mahmood Nik Idris Pelukis Kelantan
Nik Mahmood bin Nik Idris
Pelukis Kelantan
dikenali juga sebagai Cikgu ‘Nik Mud Lukisan’ merupakan pelopor seni lukis di negeri Kelantan. Beliau merupakan anak jati Kelantan yang telah diangkat sebagai tokoh pengasas seni lukis di negeri Kelantan kerana telah berjaya melahirkan bakat-bakat baru yang berkecimpung dalam bidang seni lukis pada ketika itu.
Lukisan Still Life yang dihasilkan pada tahun 1940
Beliau telah menghasilkan sebuah lukisan terawal Still Life pada tahun 1940-an menggunakan medium pastel. Lukisan ini dihasilkan ketika beliau berada di Raffles College Singapura.
Hasil Seni Beliau Kepada Negara
Selain daripada melukis, pada sekitar tahun 1955 pula, beliau telah berjaya menghasilkan karya berbentuk komik iaitu Kasturi. Komik yang bertulisan jawi ini merupakan antara komik terawal yang diterbitkan pada sekitar tahun 1950-an oleh Toko Buku Abu Bakar bin Mohd Al-Ahmadi Jalan Post Office Lama di Kota Bharu, Kelantan.
cokmar Dewan Negara
Beliau juga telah menghasilkan rekabentuk cokmar Dewan Negara yang diperbuat daripada emas dan perak, berukuran 4 kaki panjang berbentuk tongkat berkepala di Kota Bharu. Cokmar ini pertama kalinya dipersembahkan oleh wakil raja-raja Melayu diupacara pembukaan Persidangan Majlis Perundangan Persekutuan yang dirasmikan oleh Pesuruhjaya Tinggi Sir Gerald Templer pada tanggal 19 Mac 1952. Cokmar yang dipersembahkan di Majlis Perundangan itu adalah merupakan simbol kuasa Kerajaan Persekutuan yang berparlimen, berdemokrasi dan berpelembagaan.
Nik Mahmood bin Nik Idris
Nik Mahmood bin Nik Idris atau dikenali juga sebagai Cikgu ‘Nik Mud Lukisan’ merupakan pelopor seni lukis di negeri Kelantan. Beliau merupakan anak jati Kelantan yang telah diangkat sebagai tokoh pengasas seni lukis di negeri Kelantan kerana telah berjaya melahirkan bakat-bakat baru yang berkecimpung dalam bidang seni lukis pada ketika itu. Malah ramai dalam kalangan pelukis terkenal di Malaysia merupakan anak didiknya. Jika ditinjau dari aspek latar pendidikannya, Nik Mahmood bin Nik Idris telah terpilih untuk belajar di Raffles College Singapura semasa Tengku Mahmud Mahyideen memegang jawatan Superintendent of Education Negeri Kelantan iaitu pada tahun 1930-an. Pengajian beliau telah terhenti apabila Perang Dunia Kedua meletus dan pada bulan Disember 1941, beliau telah kembali ke Kelantan dan bersama Tengku Mahmud Mahyideen telah menyertai Kelantan Volunteer Force (KFV) yang berjuang bersama Divisyen ke-9 tentera British-India menentang pendaratan tentera Jepun di Kelantan.
“Donec non ex ultricies, luctus magna ac, auctor felis. Nam ornare, orci vel dapibus dapibus, orci justo lacinia dui, viverra felis neque at sapien.”
Koleksi Lukisan
Jasa beliau kepada perkembangan seni lukis di Kelantan dapat dirasai sehingga ke hari ini, di mana hasil anak didiknya dikenali di Malaysia dan juga di negara-negara luar. Sehingga kini, nilai sebuah lukisan tersebut ada yang mencecah harga ratusan ribu ringgit. Legasi beliau sebagai seorang pelukis akan terus kekal dalam lukisan beliau dan anak-anak didiknya.
(Koleksi persendirian Nik Muhamad Affendi Nik Mahmood)
Lukisan Nik Mahmood Nik Idris medium oil paint
(Koleksi persendirian Nik Muhamad Affendi Nik Mahmood)
Lukisan Khalil Ibrahim medium water color 1991
(Koleksi persendirian Nik Muhamad Affendi Nik Mahmood)
Lukisan Ismail Mat Husin medium batik 1980
(Koleksi persendirian Nik Muhamad Affendi Nik Mahmood)